Kamis, 26 Maret 2009

SEJARAH KOMPUTER

Pengenalan Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan (maklumat). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. Program (aturcara) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya. Komputer memainkan peranan yang penting dalam kerjaya dan cara hidup seseorang. Organisasi, tak kira besar atau kecil, mengguna komputer untuk menolong mereka beroperasi dengan lebih berkesan. Ramai individu mengguna komputer di rumah untuk tujuan pendidikan, hiburan dan perniagaan. Komputer mempunyai kesan yang meluas ke atas setiap individu tanpa disedarinya. Pembelian barangan di pasaraya, penggunaan juruwang berautomat (Automatic Teller Machine) atau membuat panggilan telefon jauh kesemuanya memerlukan komputer. Kebolehan mengguna komputer untuk berkomunikasi dengan komputer lain mengubah cara seseorang bekerja dan hidup. 1.3 Apakah Dia Komputer? Komputer adalah satu peranti elektronik yang dapat menerima data input, memproses data secara aritmetik dan logik, mengeluarkan hasil output, dan menyimpan hasil untuk kegunaan masa depan. Kesemua aktiviti ini dilakukan di bawah kawalan suruhan (instructions) yang disimpan di dalam unit ingatannya (memory unit). Kebanyakan komputer juga berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan menghantar dan menerima data kepada komputer lain dan ke Internet. Pembelajaran dan penggunaan tentang komputer dan alat telekomunikasi untuk mencapai, memproses, mengurus, menyimpan, menghantar dan mengguna maklumat dipanggil teknologi maklumat. 1.6 Sejarah Dan Perkembangan Komputer Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada dua zaman , iaitu : a) sebelum tahun 1940 b) selepas tahun 1940 *Sebelum tahun 1940Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkan sistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit.ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus(sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu itu.Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil tulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang matematik dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz.Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.sebagai input konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana dianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical engine'. Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati amat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari ini. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data. Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan dan sistem akuan kereta. Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark I pada tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian wayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit. Selepas tahun 1940 Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan. Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran. Generasi Pertama (1940 - 1959)Generasi Kedua (1959 -1964)Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)Generasi Keempat (awal 80-an - ?)Generasi Kelima (masa depan)*Generasi PertamaKomputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan operasi keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya. Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame) . Contoh komputer generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946. Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep yang dicadangkan oleh John von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas pemprosesan dan storan. Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan. Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Unviersiti Cambridge, England. Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal Automatic Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan perniagaan muncul selepasnya.*Genarasi keduaKomputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. Cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah. Ini menjadi komputer lebih pantas menjalankan tugasnya.Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang demikian pengendalian komputer menjadi lebih mudah.Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain komputer dalam generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.*Generasi ketigaPenyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip.Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain.Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini. Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah mikrokomputer berupaya mengatasi komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas.Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada mikrokomputer.*Generasi keempatCip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Teknologi cip yang maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbanding kerangka utama.Generasi kelimaGenerasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakan komputer impian masa depan. Reka bentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu masa.Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Unit pemprosesan pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence". · 1.7 KRONOLOGI SEJARAH PENGKOMPUTERAN MODEN 1969 · Marcian Hoff dan Stan Mazor dari Intel merekacipta cip CPU dengan senibina 4-bit yang boleh menerima arahan dan melaksanakan fungsi data yang mudah. CPU ini kemudian dikenali sebagai mikropemproses 4004. · Intel mengumunkan pengeluaran cip 1 kilobit RAM. 1971 · Intel memperkenalkan sistem mikrokomputer MCS-4 (Microcomputer System 4-bit) yang terdiri daripada cip ROM 4001, cip ROM 4002, cip shift register 4003, dan mikropemproses 4004, kelajuan CPU ialah 108kHz dengan prestasi 60,000 pengoperasian per saat. Ia menggunakan 2300 transistor, berdasarkan kepada teknologi 10 micron. 1972 · Intel memperkenalkan cip 200-KHz 8008, cip komersial pertama dengan mikropemproses 8-bit, dengan capaian memori 16 KB. 1974 · Intel memperkenalkan cip 2 MHz 8080, merupakan mikropemproses 8-bit. Berkeupayaan mencapai memori sehingga 64KB.Menggunakan 6000 transistor, berlandaskan teknologi 6-micron dengan kelajuan 0.64 MIPS. · Gary Kildall dari syarikat Mikrocomputer Applications Associates, membina system pengoperasian CP/M untuk system Intel 8080. · Motorola memperkenalkan cip 6800 menggunakan mikropemproses 8-bit. Cip 6800 dicipta oleh Chuck Peddle dan Charlie Melear. 1975 · Bill Gates dan Paul Allen mendapat lessen untuk menjual aturcara BASIC kepada MITS. Ini merupakan program bahasa komputer pertama untuk komputer peribadi. · Bill Gates dan Paul Allen membuka syarikat Micro-Soft. · MITS mengeluarkan komputer Altair 8800. · Penerbitan isu pertama majalah BYTE. 1976 · Steve Wozniak dan Steve Jobs menghasilkan komputer Apple l. · Intel memperkenalkan cip mikorpemproses 5 MHz 8085 dengan kelajuan 0.37 MIPS. Menggunakan 6500 transistor, berdasarkan kepada teknologi 3-micron. · Steve Jobs dan Steve Wozniak membina syarikat Appl Computer. 1977 · Syarikat Apple Computer memperkenalkan Apple ll dengan CPU 6502, 4 KB RAM dan 16 KB ROM. 1978 · Intel memperkenalkan cip mikropemproses 4.77 MHz 8086. Menggunakan register 16-bit, bas data 16-bit, dan 29,000 transistor dengan teknologi 3-micron. 1979 · Syarikat Software Arts memperkenalkan VisiCalc. · Syarikat Apple Computer memperkenalkan cip mikropemproses 4.77 MHz 8088. Ia dibina sebagai lanjutan kepada cip 8086. · Syarikat Micropro International memperkenalkan pemproses kata WordStar di tulis oleh Rob Barnaby. · Motorola memperkenalkan cip mikropemproses 68000 16-bit menggunakan 68,000 transistor. 1980 · Sinclair Research memperkenalkan komputer ZX80. Ia menggunakan teknologi NEC dengan 3.25 MHz 780-1 dan mikropemproses 8-bit, 1 KB RAM dan 4 KB ROM. · Syarikat Apple Computer memperkenalkan Apple lll dengan 2 MHz. · Seagate Technology memperkenalkan cakera keras pertama Winchester 5.25-inch menggunakan empat platter dan menyimpan 5 MB. · Paul Allen dari Microsoft membeli hak cipta DOS dari Seattle Computer Products untuk dijual kepada IBM. 1981 · Microsoft memulakan kerja membina grafik antara muka dipanggil Interface Manager. Di sini bermulanya pembinaan grafik antaramuka bagi system Windows. · Intel mengeluarkan coprocessor metamatik 8087. 1982 · Shugart Associates memperkenalkan peranti cakera liut. · Penerbitan pertama majalah PC Magazine. · Intel memperkenalkan mikropemproses 6 MHz 80286 menggunakan 16-bit bas data dan 134,000 transistor (1.5 microns). · Mikrosoft mengeluarkan MS-DOS versi 1.1 kepada IBM bagi kegunaan komputer peribadi IBM. Ia menyokong peranti cakera liut sehingga 320 KB. · Lotus Development memperkenalkan program hamparan Lotus 1-2-3. 1983 · Apple Computer memperkenalkan komputer Lisa menggunakan mikropemproses 5 MHz 68000 dengan 1 MB RAM, 2 MB ROM, monitor 12 inch B/W, grafik 720x364, dua peranti cakera liut 5.25- inch 860 KB dan cakera keras 5 MB. Ia merupakan komputer peribadi pertama menggunakan konsep GUI. “Lisa” bermaksud Local Integrated Software Architecture. · IBM memperkenalkan komputer peribadi IBM XT. Ia mempunyai cakera keras 10 KB ROM, papan kekunci, peranti cakera liut 360 dan menggunakan mikropemproses Intel 8088. · Microsoft memperkenalkan MS-DOS versi 2.0 untuk komputer peribadi. · Novell memperkenalkan rangkaian NetWare untuk IBM PC. · Microsoft memperkenalkan Microsoft Windows. · Microsoft secara rasmi mengeluarkan perisianh Microsoft Word 1.0. · Borland International mengeluarkan Turbo Pascal untuk CP/M dan komputer 8086. 1984 · Steve Jobs memeprkenalkan Apple Macintosh. · IBM memperkenalkan IBM PC mudah alih, dengan mikropemproses Intel 8088. · Hewlett-Packard memperkenalkan pencetak LaserJet, dengan resolusi 300dpi. · Motorola memperkenalkan prosesor 16 MHz 68020. · Microsoft mengeluarkan MS-Dos versi 3.0 untuk PC. 1985 · Peranti CD-ROM deperkenalkan untuk komputer. · Intel memperkenalkan mikropemproses 16 MHz 80386DX dengan 32-bit register dan 32-bit (16 MHz) bas data mengabungkan 275,000 transistor (1.5 microns). · Microsoft mengeluarkan Microsoft Windows versi 1.0 1986 · Apple Computer memperkenalkan komputer Apple llGS berkuasa 1 MHz atau 2.8 MHz. 1987 · Apple cdomputer memperkenalkan senibina terbuka Macintosh ll menggunakan mikropemproses 16 MHz 68020. Kemudian Apple Computer Macintosh SE diperkenalkan menggunakan mikropemproses 8 MHz 68000 dengan 1 MB RAM dan 20 MB cakera keras. · IBM memperkenalkan IBM PS/2 menggunakan 8 MHZ 8086. · Motorola mengeluarkan mikropemproses 68030. · Microsoft mengeluarkan hamparan Microsoft Excel untuk aplikasi Windows. 1988 · Spectrum Holobyte memperkenalkan permainan Tetris untuk PC, diimport dari Rusia. · Intel memperkenalkan mikropemproses 16MHz 80386SX pada kelajuan 2.5 MIPS. · IBM mengeluarkan DOS 4.0 1989 · Intel memperkenalkan mikropemproses 25 MHz 486 menggunakan 1.2 juta transistor dengan teknologi 1-micron. 1990 · Motorola memperkenalkan mikropemproses 32-bit 25 MHz 68040 dengan mengabungkan 1.2 juta transistor. · IBM mengeluarkan mikropemproses RISC untuk komputer kerangka utama RS/6000. · Microsoft memperkenalkan Windows 3.0. 1991 · Advanced Micro Devices (AMD) memperkenalkan AM386DX, cip klon pertama Intel i386DX pada kelajuan 20 hingga 40 MHz. · Microsoft memperkenalkan MS-DOS 5.0 GW-BASIC digantikan dengan QBASIC, berlandaskan kepada Microsoft QuickBASIC. · Linus Torvalds dari Finland membangunkan Linux, sebuah system pengoperasian seperti UNIX. 1993 · Apple Computer memperkenalkan Macintosh LC lll dengan 25 MHz 68030. · Intel memperkenalkan mikropemproses Pentium menggunakan 32-bit register, dan 64-bit (60 MHz) bas data dan cakera keras 4 GB. Ia mengabungkan 3.1 juta transistor, menggunakan teknologi BiCMOS 0.8-micron. Kelajuan mencapai 60 MHz. · Apple Computer memperkenalkan sistem Macintosh “AV”, mengabungkan pertama kalinya antara telekomunikasi dan video. · Pusat National untuk Supercomputing Applications (NCSA) mengeluarkan penyemak imbas Mosaic v1.0 web. 1994 · Apple Computer memperkenalkan komputer Power Macintosh 6100/60 dengan kelajuan 60 MHz. · Mosaic Communication melancarkan Netscape Navigator 1.0, penyemak imbas bagi world-wide web. · Digital Equipment Corporatiom (DEC) memperkenalkan mikropemproses Alpha AXP. · IBM melancarkan OS/2 Warp versi 3. · Lomega memperkenalkan peranti Zip dan cakera Zip. 1995 · IBM mengeluarkan PC DOS versi 7. · Microsoft memperkenalkan Windows 95. · Intel memperkenalkan mikropemproses Pentium Pro pada kelajuan 150, 180, dan 200 MHz (440MIPS). 1996 · Intel memperkenalkan prosesor 200 MHz Pentium mengabungkan 3.3 juta transistor. · Microsoft memperkenalkan Windows NT 4.0 · Microsoft memperkenalkan Osuntuk Windows CE. Nama kod untuk projek ini ialah Pengasus. “CE” bermaksud Consumer Electronics. · IBM melancarkan OS/2 Warp 4. 1997 · AMD memperkenalkan mikropemproses K6, dengan teknologi MMX. Prosesor ini mengabungkan 8.8. juta transistor dalam satu proses 35 micron. · Apple Computer melancarkan Mac OS 8.0. 1998 · Intel melancarkan cip 333 MHz Pentium ll, dengan bas 66 MHz mengabungkan teknologi CMOS 0.25 micron. · Intel mengeluarkan 350 MHz dan 400 MHz mikropemproses Pentium ll . · Intel mengumumkan mikropemproses celeron 266 MHz dengan 32 KB Level 1 cache. · Steve Jobs memperkenalkan Apple Computer iMac : mikropemproses 233 MHz PowerPC G3, 32 MB RAM, 4 GB cakera keras 24X CD-ROM, 15 inch monitor, 66 MHz bas system. · Microsoft melancarkan Windows 98. · Motorola memperkenalkan mikropemproses G4. · Intel memperkenalkan mikropemproses Pentuim lll. 1999 · Cyrix melancarkan prosesor Mll. · Apple Computer memperkenalkan komputer mudah alih PowerBook G3/333. · Microsoft mengumumkan Window 98 SE (Special Edition). · Steve Job memperkenalkan komputer mudah alih iBook. Ia mempunyai monitor 12.1 inch TFT, prosesor 300 MHz G3, cip grafik 4 MB ATI Rage Mobility, peranti CD-ROM, 32 MB RAM, modem, pot USB dan 10/100Base-T Ethernet, 3 GB cakera keras, papan kekunci dan Mac OS 8.6 · ADM mengumumkan pengeluaran mikropemproses Athlon. · Apple Computer mengumumkan komputer Power Mac G4 dengan cirri-ciri 400 MHz PowerPC G4, 64 MB RAM, peranti CD-ROM dan 10 GB cakera keras. · Microsoft memperkenalkan system pengoperasian Windows ME 2000 · AMD memperkenalkan mikropemproses Athlon 850 MHz. · Microsoft mengumumkan system pengoperasian Windows 2000 menggantikan NT4. · AMD memperkenalkan mikropemproses tahap 1.1 GHz. · Intel memperkenalkan mikropemproses Celeron 500 MHz dengan teknologi proses 0.18 -micron. · Intel mengumunkan mikropemproses dengan kod “Willamette” akan dikenali sebagai Pentium 4 dengan kelajuan melebihi 1.4 GHz. · Microsoft memperkenalkan bahasa c# (c sharp), sebagai modul tambahan bagi c++ bersama sokongan Web XML, COM, dan sokongan untuk Windows API. · Apple Computer memperkenalkan PowerMac G4 Cube dengan kelajuan prosesor 450 MHz PowerPC G4. · Apple Computer mengeluarkan komputer edisi khas iMac DV+ dengan kelajuan mikropemproses 500 MHz PowerPC G3. Ia dilengkapi dengan sambungan FireWire, 20 GB cakera keras, pemacu DVD-ROM dan penyokong rangkaian wayerles AirPort. 2001 · AMD memperkenalkan mikropemproses Athlon XP 1.5 GHz dikenali sebagai Athlon 1800+ dan Athlon XP 1.33GHx sebagai Athlon XP 1500+.XP bermaksud extra performance. · Apple computer memperkenalkan system pengoperasian Mac OS X. · Intel memperkenalkan cip Pentium 4 pada kelajuan 2GHz mempunyai 42 juta transistor. · Microsoft memperkenalkan Windows XP. XP bermaksud experience user.

Senin, 23 Maret 2009

TRIK &TIPS WINDOWS XP

Ditulis oleh:Lutfi jaohari

Beberapa tips dan registry dibawah ini cuma berlaku buat Windows XP.Sebelum mengutak-atik Registry, ada baiknya melakukan backup terlebih dahulu.
1. Klik tombol Start > Run.
2. Ketik regedit dan tekan Enter setelah berada didalam jendela Run.
3. Didalam Registry Editor, pilih menu File > Export.
4. Setelah Export Registry File muncul, masukkan nama file ke bagian File Name, misalnya backup-registry dan sebagainya.
5. tekan tombol Save.

-Mempercepat Update RegistryTekan tombol Start > Log Off > Log Off.

-Mengganti WallpaperHKEY_CURRENT_USER/Control Panel/DesktopKlik ganda pada wallpaper dan masukkan path gambar yang diinginkan pada Value Data.

-Mengganti Nama Recycle BinHKEY_CLASSES_ROOT/CLSID/{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}Klik ganda pada option (Default value) dan beri nama baru sesuai yang diinginkan pada Value Data.

-Memunculkan Rename Pada Recycle BinHKEY_CLASSES_ROOT/CLSID/{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}/ShellFolderKlik ganda pada Attributes > Edit Binary Value. Pada Value Data, ganti angka tersebut menjadi 0000 50 01 00 20.

-Menyembunyikan Recycle BinHKEY_LOCAL_MACHINE/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/Desktop/NameSpaceHapus subkey {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}, kemudian Restart komputer untuk melihat hasilnya.Untuk memunculkannya kembali, buat kembali kombinasi angka {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}.

-Menambah Isi Shortcut Menu Pada Recycle BinHKEY_CLASSES_ROOT/CLSID/{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}/ShellFolderKlik ganda Attributes dan ganti angka di Value Data dengan angka berikut ini:0000 50 01 00 20 > Rename0000 60 01 00 20 > Delete0000 70 01 00 20 > Rename & Delete0000 41 01 00 20 > Copy0000 42 01 00 20 > Cut0000 43 01 00 20 > Copy & Cut0000 44 01 00 20 > Paste0000 45 01 00 20 > Copy & Paste0000 46 01 00 20 > Cut & Paste0000 47 01 00 20 > Cut, Copy & Paste

-Menambah Isi Shortcut Menu Pada Recycle Bin Dengan Menu PilihanHKEY_CLASSES_ROOT/CLSID/{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}/ShellKlik menu Edit > New > Key dan beri nama yang diinginkan (Misalnya: Go To Windows Explorer).Dibawah key yang baru tersebut, tekan lagi menu Edit > New > Key dan buat sebuah key baru bernama Command.Klik ganda option (Default), dan pada bagian Value Data, isi dengan path Windows Explorer ( C:\WINDOWS\Explorer.exe).

-Mengembalikan Folder Documents Yang Hilang Di My ComputerHKEY_LOCAL_MACHINE/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/DocFolderPathsPilih menu Edit > New > String Value dan beri nama sesuai dengan username yang digunakan di Windows (contohnya: Chippers)Klik ganda pada value tersebut dan masukkan path tempat dimana Documents anda berada (contohnya D:\Documents)

-Menyingkirkan File Stored Dari My ComputerHKEY_LOCAL_MACHINE/SOFTWARE/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/MyComputer/NameSpace/DelegateFoldersHapus subkey {59031a47-3f72-44a7-89c5-5595fe6b30ee} dengan menekan tombol Del.

-Menyembunyikan My Recent DocumentsHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/ExplorerKlik menu Edit > New > DWORD Value dan beri nama NoRecentDocsMenu.Kemudian klik ganda pada DWORD Value tersebut, dan berikan angka 1 untuk mengaktifkannya.

-Menyembunyikan Menu FindHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/ExplorerKlik menu Edit > New > DWORD Value dan beri nama NoFind.Kemudian klik ganda pada DWORD Value tersebut dan berikan angka 1 untuk mengaktifkannya. Restart komputer.

-Menyembunyikan Help And SupportHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/ExplorerBuatlah sebuah DWORD Value baru - Menu Edit > New > DWORD Value, dan beri nama NoSMHelp.Kemudian klik ganda pada NoSMHelp dan isi dengan angka 1 pada Value Data. Restart komputer.

-Menyembunyikan Menu RunHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/ExplorerBuat sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoRun. Klik ganda dan masukkan angka 1 sebagai Value Data.

-Menyembunyikan Menu Run Dari Start Menu (2)HKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/AdvancedCari value bernama Start_ShowRun, klik ganda dan masukkan angka 0 pada bagian Value Data.

-Menyembunyikan Log OffHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/ExplorerKlik menu Edit > New > Binary Value dan beri nama NoLogOff.Klik ganda pada NoLogOff dan masukkan angka 01 00 00 00 pada bagian Value Data.

-Menyembunyikan Menu Turn Off ComputerHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/ExplorerKlik menu Edit > New > DWORD Value dan beri nama NoClose.Klik ganda NoClose dan beri angka 1 pada Value Data.
Cleartype Pada Logon ScreenHKEY_USERS/.DEFAULT/Control Panel/DesktopKlik ganda FontSmoothingType dan masukkan angka 2 pada Value Data.

-Membuat Tampilan Berbeda Pada Jendela LogonHKEY_USERS/.DEFAULT/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/ThemeManagerKlik ganda ColorName dan masukkan teks Metallic pada Value Data.

-Menampilkan Administrator Di Welcome ScreenHKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon\SpecialAccounts\UserLis tBuat sebuah DWORD Value baru dan beri nama Administrator.Klik ganda Administrator dan masukkan angka 1 pada Value Data.
Login OtomatisHKEY_LOCAL_MACHINE/SOFTWARE/Microsoft/Windows NT/CurrentVersion/WinlogonKlik ganda AltDefaultUserName dan masukkan username account yang dipilih.Klik ganda AutoAdminLogon dan masukkan angka 1 pada Value Data.Buat sebuah DWORD Value baru dan beri nama DefaultPassword.Klik ganda DefaultPassword dan masukkan password account yang dipilih pada Value Data.

-Menyembunyikan Ikon Printer & Faxes dari Start MenuHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/AdvancedCari value bernama Start_ShowPrinters dan berikan angka 0 pada Value Data.

-Menyembunyikan Control Panel Dari Start MenuHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/AdvancedCari value bernama Start_ShowControlPanel dan klik ganda pada bagian tersebut.Masukkan angka 0 pada Value Data.

-Menyembunyikan Menu My Pictures Dari Start MenuHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/AdvancedKlik ganda pada Start_ShowMyPics dan masukkan angka 0 pada bagian Value Data.

-Memunculkan Menu Administrative ToolsHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/AdvancedKlik ganda pada StartMenuAdminTools dan berikan angka 1 pada Value Data.

-Memperkecil Ikon Start MenuHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/AdvancedKlik ganda pada Start_LargeMFUIcons dan masukkan angka 1 pada Value Data.

-Menghilangkan Username Pada Start MenuHKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Curre ntVersion\Policies\ExplorerPilih Edit > New > DWORD Value dan beri nama NoUserNameInStartMenu.Klik ganda NoUserNameInStartMenu dan masukkan angka 1 pada Value Data.

-Mencegah Perubahan Menu StartHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/ExplorerBuat sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoChangeStartMenu.Klik ganda NoChangeStartMenu dan masukkan angka 1 pada Value Data.

-Menyembunyikan My Recent DocumentsHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/AdvancedKlik ganda pada Start_ShowRecentDocs dan masukkan angka 0 pada Value Data.

-Mengubah Nama Default Shortcut Penting Di DesktopHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/CLSIDKlik ganda pada default value pada masing-masing subkey dibawah ini:My Network Places:{208D2C60-3AEA-1069-A2D7-08002B30309D}My Computer:{20D04FE0-3AEA-1069-A2D8-08002B30309D}My Documents:{450D8FBA-AD25-11D0-98A8-0800361B1103}Recycle Bin:{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}Default IE Icon:{871C5380-42A0-1069-A2EA-08002B30309D}masukkan nama-nama unik sebagai pengganti nama defaultnya.

-Menyembunyikan Ikon Di DesktopHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/AdvancedKlik ganda pada HideIcons dan masukkan angka 1 pada Value Data.

-Membersihkan Semua Ikon Pada DesktopHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/ExplorerBuat sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoDesktop.Klik ganda pada NoDesktop dan masukkan angka 1 pada Value Data.

-Membuat Desktop Lebih StabilHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/ExplorerBuat sebuah DWORD Value baru dan beri nama DesktopProcess.Klik ganda DesktopProcess dan masukkan angka 1 pada Value Data.

-Menghapus Daftar Program Dalam Menu RunHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/RunMRUDi jendela sebelah kanan, akan terlihat deretan software-software (ditandai secara alphabet a, b, c, d, dan seterusnya).Untuk menghapusnya, cukup dengan memilih salah satu (atau semua) nama program yang ada dan tekan tombol Del.Jika muncul jendela konfirmasi untuk penghapusan data, tekan Yes.

-Membersihkan Recent DocumentsHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/ExplorerBuat sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoRecentDocsHistory.Klik ganda pada NoRecentDocsHistory dan masukkan angka 1 pada bagian Value Data.

-Menghilangkan Info Tip Pada Ikon Folders Di DesktopHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/AdvancedKlik ganda pada FolderContentsInfoTip dengan angka 0.
Mengunci TaskbarHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/AdvancedKlik ganda pada TaskBarSizeMove dan masukkan angka 0 pada Value Data.

-Menghapus Past Items Icons Pada TaskbarHKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Curre ntVersion\Explorer\TrayNotifyHapus IconStreams dan PastIconsStream, kemudian buka Task Manager, pada Tab Processes klik kanan pada explorer.exe dan pilih End Process.Klik menu File > New Task (Run) dan ketikan kembali explorer dan tekan OK.

-Menyembunyikan System TrayHKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\Curr entVersion\Policies\ExplorerJika key Explorer belum ada buatlah sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoTrayItemsDisplay.Klik ganda NoTrayItemsDisplay dan masukkan angka 1 pada Value Data.Untuk mengembalikan System Tray masukkan angka 0 pada Value Data.

-Menonaktifkan Klik-kanan Pada DesktopHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/ExplorerBuat sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoViewContextMenu.Klik ganda pada NoViewContextMenu dan masukkan angka 1 pada Value Data.

-Mengubah Waktu Delay Ketika Membuka MenuHKEY_CURRENT_USER/Control Panel/DesktopKlik ganda pada MenuShowDelay dan ubah angka milidetik yang semula 400 menjadi angka lain. Semakin kecil semakin cepat.

-Mengatur Ukuran Ikon Di Desktop Dan Start MenuHKEY_CURRENT_USER/Control Panel/Desktop/WindowMetricsKlik ganda pada Shell Icon Size dan ubah angka 32 menjadi angka lainnya, misalnya 10.

-Mengganti Warna WindowsHKEY_CURRENT_USER/Control Panel/ColorsKlik ganda Window dan masukkan kombinasi warna RGB (gunakan Adobe PhotoShop untuk menemukan kombinasi warna yang sesuai).

-Mengganti Warna Teks Dalam WindowsHKEY_CURRENT_USER/Control Panel/ColorsKlik ganda WindowText dan masukkan kombinasi warna RGB.

-Menghilangkan Tab Screen SaverHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/SystemHKEY_LOCAL_MACHINE/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/SystemBuat sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoDispScrSavPage.Klik ganda NoDispScrSavPage dan masukkan angka 1 pada Value Data.

-Mengganti Screen Saver Lewat RegistryHKEY_CURRENT_USER/Control Panel/DesktopKlik ganda SCRNSAVE.EXE kemudian masukkan path tempat file Screen Saver yang diinginkan.Contoh: C:\WINDOWS\ScreenSaver.scr

-Menonaktifkan Default Screen SaverHKEY_USERS/.DEFAULT/Control Panel/DesktopKlik ganda ScreenSaveActive dan masukkan angka 0 pada Value Data.Untuk mengembalikannya masukkan angka 1 pada Value Data.

-Menghilangkan Tanda Anak Panah Pada Ikon ShortcutHKEY_CLASSES_ROOT/InkfileHKEY_CLASSES_ROOT/piffileUbah nama IsShortcut menjadi IsShortcuts.

-Mengubah Style WallpaperHKEY_CURRENT_USER/Control Panel/DesktopKlik ganda pada WallpaperStyle dan masukkan angka sebagai berikut di Value Data:1 > Center2 > Stretch3 > Tile

-Menonaktifkan Peringatan Low Disk SpaceHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies\ExplorerBuatlah sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoLowDiskSpaceChecks.Klik ganda NoLowDiskSpaceChecks dan masukkan angka 1 pada Value Data.

-Menonaktifkan Menu Properties My ComputerHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/ExplorerBuat sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoPropertiesMyComputer.Klik ganda NoPropertiesMyComputer dan masukkan angka 1 pada Value Data.HKEY_LOCAL_MACHINE/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/ExplorerBuat sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoPropertiesMyComputer.Klik ganda NoPropertiesMyComputer dan masukkan angka 1 pada Value Data.Jika key Explorer tidak ada, buat yang baru dengan mengklik menu Edit > New > Key dan beri nama Explorer.

-Mengubah Ukuran CoolSwitch(Coba Tekan Alt+Tab, itulah yang disebut dengan CoolSwitch)HKEY_CURRENT_USER/Control Panel/DesktopHKEY_USERS/.DEFAULT/Control Panel/DesktopKlik CoolSwitchColumns dan aturlah seberapa panjang CoolSwitch ini akan ditampilkan dengan memasukkan angka yang diinginkan pada Value Data.Kemudian klik CoolSwitchRows dan lakukan hal yang serupa.

-Menonaktifkan Fungsi CoolSwitchHKEY_CURRENT_USER/Control Panel/DesktopHKEY_USERS/.DEFAULT/Control Panel/DesktopKlik ganda pada CoolSwitch dan masukkan angka 0.

-Menonaktifkan Animasi Pada Windows XPHKEY_CURRENT_USER/Control Panel/Desktop/WindowMetricsKlik ganda pada MinAnimate dan masukkan angka 1 untuk menonaktifkan, dan 0 untuk mengaktifkannya kembali.

-Mengubah Tombol Kiri Menjadi Tombol Kanan Pada MouseHKEY_CURRENT_USER/Control Panel/MouseKlik ganda pada SwapMouseButtons dan beri angka 1 pada Value Data.

-Mengubah Gulungan Baris Pada Scroll MouseHKEY_CURRENT_USER/Control Panel/DesktopKlik ganda WheelScrollLines masukkan angka yang diinginkan (sesuai dengan baris yang hendak digulung) pada Value Data.

-Menyembunyikan System Properties Pada Control PanelHKEY_CURRENT_USER/Control Panel/don’t loadBuatlah sebuah String Value baru dan beri nama sysdm.cpl.Klik ganda sysdm.cpl dan masukkan input Yes pada bagian Value Data.

-Menonaktifkan Display PropertiesHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/PoliciesPada bagian subkey Policies, buat sebuah key baru dengan cara Edit > New > Key dan beri nama System.Kemudian di subkey System, buatlah sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoDispCPL.Klik ganda NoDispCPL dan masukkan angka 1 pada Value Data.

-Mengatur Kecepatan Repeat Rate KeyboardHKEY_CURRENT_USER/Control Panel/KeyboardKlik ganda KeyboardSpeed dan masukkan nilai yang diinginkan. Semakin tinggi angkanya, semakin cepat pula Repeat Rate-nya.
Teks Bergaris Bawah Pada NotepadHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/NotepadKlik ganda lfUnderline dan masukkan angka 1 pada Value Data.

-Mode Word Wrap Pada NotepadHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/NotepadKlik ganda fWrap dan masukkan angka 1 pada Value Data.
Status Bar Pada NotepadHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/NotepadKlik ganda StatusBar dan masukkan angka 1 pada Value Data.

-DVD Di Windows Media PlayerHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/MediaPlayer/Player/SettingsPilih menu Edit > New > String Value dan beri nama DVDUI.Klik ganda DVDUI dan masukkan teks Yes pada Value Data.

-Menambah Identitas Windows Media PlayerHKEY_CURRENT_USER/Software/Policies/MicrosoftHKEY_LOCAL_MACHINE/SOFTWARE/Policies/Microsoft/WindowsKlik Edit > New > Key dan beri nama WindowsMediaPlayer.Klik Edit > New > String Value dan beri nama TitleBar.Klik ganda TitleBar dan masukkan teks yang diinginkan pada Value Data.

-Mengubah Tombol Stop Menjadi Tombol Play Pada Windows Media PlayerHKEY_LOCAL_MACHINE/SOFTWARE/Microsoft/MediaPlayer/Objects/StopButtonKlik ganda onclick dan masukkan teks player.controls.play() pada Value Data.

-Memilih Pemutar CD Audio DefaultHKEY_CLASSES_ROOT/AudioCD/Shell/Play/CommandKlik ganda (Default) dan masukkan path software yang anda inginkan sebagai pemutar CD Audio secara default.Misalnya: C:\Program Files\Windows Media Player\wmplayer.exe

-Mengembalikan Akses Ke CD-ROMSetelah menguninstall sebuah program pembakar CD, adakalanya CD-ROM tidak bisa lagi diakses, solusinya:HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Contro l\Class\{4D36E965-E325-11CE-BFC1-08002BE10318}Hapus subkey LowerFilters dan UpperFilters dengan menekan tombol Del.

-Memperkecil Ukuran Thumbnail Untuk Windows ExplorerHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/ExplorerPilih menu Edit > New > Binary Value dan beri nama ThumbnailSize.Klik ganda ThumbnailSize dan masukkan angka 20 pada Value Data.

-Membuat Shortcut Menu Pribadi Di Windows ExplorerHKEY_CLASSES_ROOT/Drive/ShellPilih Edit > New > Key dan beri nama Winamp sebagai contohnya.Klik ganda option (Default) disisi kanan registry editor dan masukkan teks Winamp.Klik subkey Winamp dan pilih menu Edit > New > Key dan beri nama Command.Klik ganda option (Default) dan masukkan path C:\Program Files\Winamp\Winamp.exe pada Value Data.

-Enkripsi Melalui Menu KonteksHKEY_LOCAL_MACHINE/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/AdvancedBuat sebuah DWORD Value baru dan beri nama EncryptionContextMenu.Klik ganda EncryptionContextMenu dan masukkan angka 1 pada Value Data.

-Mengganti Ikon Pada DrivesHKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Curr entVersion\ExplorerJika belum ada, pilih Edit > New > Key dan beri nama sesuai dengan drive yang diinginkan [contohnya: C untuk drive C:]Pada value tersebut, buat sebuah Key baru lagi dan beri nama DefaultIcon.Klik ganda option (Default) dan masukkan path tempat ikon berada (contohnya: D:\Documents\C Drive Icon.ico)

-Menyembunyikan DriveHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/ExplorerPilih Edit > New > DWORD Value dan beri nama NoDrives.Klik ganda NoDrives dan tentukan drive mana yang ingin dihilangkan pada Value Data.Contoh: jika ingin menghilangkan drive E:, masukkan angka 16 pada Value Data.Kombinasi angka pada Value Data adalah sebagai berikut:A: > 1B: > 2C: > 4D: > 8E: > 16F: > 32G: > 64H: > 128I: > 256J: > 512K: > 1024L: > 2048M: > 4096Semua: > 67108863

-Membuat Tip Of The Day Windows ExplorerUntuk mengaktifkannya buka Windows Explorer kemudian pilih menu View > Explorer Bar > Tip of the Day.HKEY_LOCAL_MACHINE/SOFTWARE/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/TipsDi jendela sebelah kanan akan terlihat deretan tip-tip yang tersimpan dalam value 0 - 49.Dua hal yang bisa dilakukan adalah mengganti tip-tip yang dengan klik ganda masing-masing value dengan teks yang diinginkan.Kedua adalah menambah tip-tip baru dimulai dengan urutan setelah value 49 (misalnya 50 dst.).Pilih Edit > New > String Value dan beri nama berbentuk angka yang melanjutkan angka terakhir pada tip (misalnya 50 dst.).Klik ganda pada value yang baru tersebut dan isikan dengan teks yang diinginkan pada Value Data.

-Menyembunyikan Advanced Settings Pada Folder Options Windows ExplorerHKEY_LOCAL_MACHINE/SOFTWARE/Microsoft/Windows/CurrentVersion/ExplorerDibawah key Explorer akan ditemukan subkey bernama Advanced. Klik kanan dan pilih Rename. Ubah nama Advanced menjadi Advancedx.

-Kode Curang Bermain Game HeartsHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/AppletsKlik menu Edit > New > Key dan beri nama Hearts.Klik menu Edit > New > String Value dan beri nama ZB dan isikan angka 42 pada Value Data.Buka game Hearts pada Start Menu > All Programs > Games. Setelah memasukkan nama pemain, tekan kombinasi tombol berikut:Ctrl+Shift+Alt+F12 dan semua kartu akan terbuka.

-Membersihkan Sampah RegistryHKEY_CLASSES_ROOT/ApplicationHKEY_CURRENT_USER/SoftwareHKEY_LOCAL_MACHINE/SOFTWAREPilih salah satu subkey yang merupakan nama software yang ingin dihapus, kemudian tekan tombol Del.

-Membersihkan Sampah UninstallHKEY_LOCAL_MACHINE/SOFTWARE/Microsoft/Windows/CurrentVersion/UninstallHapus subkey yang memiliki nama yang sama dengan software yang telah di-uninstall.
Menghapus Daftar Program Yang Tidak Diinginkan Dari Add/Remove ProgramsHKEY_LOCAL_MACHINE\ SOFTWARE\ Microsoft\ Windows\ CurrentVersion\ UninstallHapus subkey yang berisikan program yang tidak diinginkan dengan menekan tombol Del.

-Menjalankan Program Saat StartUpHKEY_LOCAL_MACHINE/SOFTWARE/Microsoft/Windows/CurrentVersion/RunPilih menu Edit > New > String Value dengan nama Winamp misalnya.Klik ganda pada value tersebut dan masukkan path tempat program tersebut terinstall (C:\Program Files\Winamp\Winamp.exe).

-Menghapus StartUp Items Di MSCONFIGKlik Start > Run > ketik msconfig, kemudian klik pada tab startup, hilangkan tanda centang pada program yang ingin dihapus dari daftar startup.HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Curr entVersion\RunHKEY_CURRENT_USER\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Curre ntVersion\RunHapus subkey yang berisikan program-program yang tidak diinginkan dengan menekan tombol Del.

-Mempercepat Proses Shutdown Windows XPHKEY_LOCAL_MACHINE/SYSTEM/CurrentControlSet/ControlKlik ganda WaitToKillServiceTimeout dan ubah nilainya menjadi lebih rendah dari 2000.

-Mengganti AM Dan PM Menjadi Pagi Dan SoreHKEY_CURRENT_USER/Control Panel/InternationalKlik ganda s1159 dan ubah teks AM dengan PAGI.klik ganda s2359 dan ubah teks PM dengan SORE.

-Menonaktifkan Fungsi AutoRunHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/ExplorerKlik ganda NoDriveTypeAutoRun dan masukkan angka 95 pada Value Data.

-Mematikan Secara Otomatis Program Not RespondingHKEY_USERS/.DEFAULT/Control Panel/DesktopKlik ganda AutoEndTasks dan masukkan angka 1 pada Value Data.

-Memunculkan Option My Computer Yang TersembunyiHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Internet Settings/Zones/0Klik ganda Flags kemudian ganti menjadi Decimal dan masukkan angka 1 pada Value Data.

-Menonaktifkan Fungsi New Window Di Internet ExplorerHKEY_CURRENT_USER/Software/Policies/Microsoft/Internet Explorer/RestrictionsBuat sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoOpeninNewWnd.Klik ganda NoOpeninNewWnd dan masukkan 1 pada Value Data.

-Mengganti Background Toolbar Internet ExplorerHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Internet Explorer/ToolbarPilih menu Edit > New > String Value dan beri nama BackBitmap.Klik ganda BackBitmap dan isikan dengan path tempat gambar bitmap (.bmp) yang akan menjadi background toolbar berada pada Value Data.Contohnya: C:\WINDOWS\Wallpaper.bmp

-Mengganti Versi Internet ExplorerUntuk mengetahui versi Internet Explorer yang dimiliki: Help > About Internet Explorer pada browser Internet Explorer.HKEY_LOCAL_MACHINE/SOFTWARE/Microsoft/Internet ExplorerKlik ganda Version dan masukkan angka yang diinginkan pada Value Data.

-Mengecek ProductID Internet ExplorerHKEY_LOCAL_MACHINE/SOFTWARE/Microsoft/Internet Explorer/RegistrationLihat ProductID pada key ProductId, pada value tersebut akan tercatat berapa ProductID Internet Explorer yang digunakan.

-Mode Full Screen Pada Internet ExplorerHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Internet Explorer/MainKlik ganda FullScreen dan masukkan teks Yes pada Value Data.

-Mengganti Title Internet ExplorerHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Internet Explorer/MainPilih menu Edit > New > String Value dan beri nama Window Title.Klik ganda Window Title dan masukkan teks yang diinginkan pada Value Data.

-Membersihkan Daftar URL Pada Internet ExplorerHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Internet Explorer/TypedURLsHapus value url1, url2 dan seterusnya dengan menekan tombol Del.

-Menyembunyikan Tombol Go Pada Internet ExplorerHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Internet Explorer/MainPilih menu Edit > New > String Value dan beri nama ShowGoButton.Klik ganda ShowGoButton dan masukkan angka 0 pada Value Data.

-Mengganti Nama Ikon Internet ExplorerHKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Curre ntVersion\Explorer\CLSID\{871C5380-42A0-1069-A2EA-08002B30309D}Klik ganda pada value (Default) disamping kanan, masukkan teks yang diinginkan pada Value Data.

-Menambahkan Domain .Gov Pada Pencarian WebsiteHKEY_LOCAL_MACHINE/SOFTWARE/Microsoft/Internet Explorer/Main/UrlTemplatePilih Edit > New > String Value dan beri nama dengan angka yang merupakan kelanjutan dari angka-angka yang sudah ada.Klik ganda pada value tersebut dan ketik %s.gov pada Value Data.

-Tweaking Memory Pada Windows XPHKEY_LOCAL_MACHINE/SYSTEM/CurrentControlSet/Control/Session Manager/Memory ManagementKlik ganda pada DisablePagingExecutive dan masukkan angka 1 pada Value Data.Apabila diaktifkan,Windows tidak akan melakukan paging file ke dalam hard disk. Sistem operasi dan program-program menjadi lebih responsif. Disarankan untuk komputer yang memiliki memori lebih dari 128MB.Klik ganda pada LargeSystemCache dan masukkan angka 1 pada Value Data.Jika diaktifkan, sistem akan mengalokasikan seluruh memori (kecuali 4 MB untuk disk caching) untuk file caching. Komputer akan melakukan caching kernel XP di dalam memory sehingga Windows XP dapat berjalan lebih cepat.
Unload .dll Untuk Mempercepat Akses MemoriHKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Curr entVersion\ExplorerPilih menu Edit > New > Key dan beri nama AlwaysUnloadDLL.Pada option Default Value masukkan angka 1.

-Menghapus Pagefile Saat Shut DownHKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Contro l\Session Manager\Memory ManagementKlik ganda ClearPageFileAtShutdown dan masukkan angka 1 pada Value Data.
-Memindahkan PagefileHKEY_LOCAL_MACHINE/SYSTEM/CurrentControlSet/Control/Session Manager/Memory ManagementKlik ganda PagingFiles kemudian ganti path ke lokasi baru yang diinginkan.Misalnya: D:\pagefile.sys 1024 1024

-Mengembalikan Fungsi Search Kedalam Tampilan LamaHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/CabinetStatePilih menu Edit > New > String Value dan beri nama UseSearchAsst.Klik ganda UseSearchAsst dan masukkan angka 1 pada Value Data.

-Menyembunyikan Device ManagerHKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/PoliciesPilih menu Edit > New > Key dan beri nama System.Di subkey System buatlah sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoDevMgrPage.Klik ganda NoDevMgrPage dan masukkan angka 1 pada Value Data.